Seorang ahli Parlimen DAP mengingatkan Dr Mahathir Mohamad bahawa generasi terdahulu bersetuju menubuhkan sebuah negara pelbagai kaum tanpa asimilasi dan diskriminasi.<br /><br />Ini selepas bekas perdana menteri itu membangkitkan kesukaran asimilasi kaum bukan Melayu di negara ini, dengan penggunaan penyepit masyarakat Cina sebagai contoh.
